Thursday, July 08, 2010

TARBIAH

Salam unt sahabat sume..saya nak share neh..ttg tarbiah..moga2 dp manfaat untuk kita bersama, insyaallah :D

Sesungguhnya tugas paling utama yang terpikul di atas bahu sesebuah keluarga adalah mendidik anak dan membentuk mereka dengan pembentukan yang betul. Menjadi tanggungjawab setiap ibu bapa mendidik mereka untuk menjadi insan yang baik dan model yang sempurna dalam masyarakat.

Makna Tarbiah-dari sudut bahasa

Tarbiah ertinya pertambahan, pertumbuhan dan penjagaan. Perkataan ini diambil dari perkataan Robba yang membawa makna membesar.

Terdapat mereka yang mengatakan ia berasal dari perkataan Rabb yang membawa erti penjaga. Ada pula berpendapat tarbiah berasal daripada perkataan Taghziyyah yang bermakna peningkatan atau pertumbuhan. 

Dari sudut Istilah Agama

Dalam istilah agama, ia bermaksud cara2 untuk membesarkan anak dan membentuknya mengikut keadaan yang tertentu.

Takrif Tarbiah oleh Syed Sabiq- Pentarbiahan anak ialah usaha membentuk mereka dari segi jasmani, akli,rohani, perasaan dan sosial sehingga menjadi ahli anggota masyarakat yang berguna kepada masyarakatnya.

Takrif ini lebih komprehensif memandangkan kombinasi beberapa perkara penting antaranya :

-Kepentingan hubungan sesama manusia
-Kepentingan kedudukannya dalam masarakat
-Aspek2 luaran dan dalaman

Proses pentarbiahan sebenarnya bermula semenjak kanak2 itu dilahirkan berlanjutan sampailah ke akhir hayatnya. Usaha menekankan tarbiah itu pada peringkat kanak2 dilakukan kerana pada peringkat umur itu mereka lebih bersedia dan senang menerima pengajaran. Semua ini menunjukkan betapa Islam menghormati anak itu dan cuba menjadikannya mulia.

HAK2 ANAK DALAM ISLAM

Menjaga bayi sejak dalam rahim ibu
  • Memilih isteri yang sesuai
  • Menghukum pembunuh anak2 walaupun masih janin dengan hukuman yang berat
  • Menjaga hak harta pesaka bayi
  • Menjaga kesihatan ibu yang hamil
  • Menjaga kesihatan janin
Menjaga anak selepas kelahirannya
  • Hak mendapat perbelanjaan ( nafkah )
  • Haknya untuk belajar
  • Haknya untuk mendapat penjagaan
  • Memberi nama yang baik
  • Menjaga nasabnya
  • Hak menyusu
Semoga walaupun ringkas tapi dpt jd manfaat dan peringatan untuk kita bersama...moga kita diberi petunjuk dan keberkatan dan usaha kita mendidik anak2. Ameen Ya Rabb.

Sumber : Anakku Hebat Anakku Soleh - Ustaz Zahazan Mohamed

No comments: